"SEJARAH BERENDOI"




Majlis Cukur Jambul & Berendoi Puteri Qaisarah bt. Nazarudin

13hb. March 2011

Bandar Baru Sungai Buluh.

Tahniah kepada pasangan Nazarudin bin Mashudi dan Tengku Rozianti binti Tengku Mamat dengan kehadiran bayi yang comel setelah 5 tahun menunggu. Alhamdulillah, kehadiran Qaisarah memberi cahaya dalam rumah tangga mereka dan semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat ~ Amin.









Majlis Aqiqah & Berendoi Putri Salwa bt. Faisal

9hb. Oktober 2010

Taman Cempaka, Ampang


Putri Salwa bt Faisal, comel sungguh bayi ini lena mendengar alunan suara marhaban yang di dendangkan.



Alhamdulillah, dengan izin Allah projek pertamaku berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih diucapkan kepada keluarga Faisal & Sarina bt Desa kerana sudi menggunakan perkhidmatan saya. Kepercayaan anda terhadap saya bagi memeriahkan majlis ini amatlah saya hargai.
































Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.
Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.
Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.



ADAT RESAM MELAYU

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan